Peribahasa Buku Teks Tingkatan 5


Bil.
Peribahasa
Makna
1
Lintah darat
Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi
2
Bagai aur dengan tebing
Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3
Anak dagang
Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi
5
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
6
Indah khabar daripada rupa
Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Pengagihan yang sama banyak
8
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama
9
Kacang lupakan kulit
Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan
10
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
13
Memerah otak
Berfikir dengan bersungguh-sungguh
14
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
15
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari
16
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga
18
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula
21
Mencari jalan
Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara
22
Biar mati anak, jangan mati adat
orang yang kuat perpegang pada adat
23
Sediakan payung sebelum hujan
Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24
Berbesar hati
Gembira
25
Anak buah
a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
26
Tuan rumah
tempat berlangsungnya sesuatu acara
27
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28
Batu penghalang
Halangan
29
Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
orang lelaki yang merisik bakal isterinya
30
Bagai ikan pulang ke lubuk
a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Tidak ada komentar: